Tuesday, 13 March 2012

CONTOH PENGUMUMAN

1.                  Pengumuman tentang pengajaran sukan tahunan dalam majlis perhimpunan sekolah.

      Salam sejahtera kepada yang berhormat Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan murid-murid sekalian ,  tujuan saya berucap ini adalah untuk memberi satu pengumuman. Sekolah kita bersama pihak PIBG menganjurkan sukan tahunan di peringkat sekolah pada minggu depan. Sukan tahunan akan dilaksanakan  pada 12 februari 2011 iaitu hari sabtu di padang sekolah.
      Sukan tahunan akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Thiyagarajen, Pengarah Perkumpulan OMS. Objektif sukan tahunan ini adalah untuk memberikan pendedahan sukan berbentuk olahraga kepada semua murid di sekolah rendah. Selain itu, sukan ini juga diadakan untuk melatih dan mempersiapkan diri  murid dari segala aspek terutamanya fizikal dan juga mental. Saya berharap semua murid akan menyertai dalam acara sukan tahunan kali ini. Sekian teriam kasih.

















                                                                            
2.                  Ucapan majlis perasmian Hari Anugrah Sekolah.

Salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dalam majlis ini, khususnya kepada para pelajar dan ibu bapa. Tahniah dan terima kasih juga kepada guru-guru yang berjaya memartabatkan profesion peguruan sehingga mampu membantu kerajaan melahirkan modal insan yang berkualiti serta berjiwa patriotik. Saya sebenarnya begitu bersyukur dan gembira dijemput hadir dalam majlis ini bersama-sama dengan pihak tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Semoga majlis yang amat bermakna ini dapat dijadikan asas permulaan menjana modal insan gemilang dan terbilang. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak sekolah dan PIBG dapat bekerjasama menghadapi segala cabaran dan permasalahan yang timbul.

      Saya difahamkan guru-guru  di sekolah ini seramai 72 orang dengan jumlah murid 832 orang. Sebuah bangunan tambahan sekolah sedang dalam pembinaan dengan kos keseluruhan RM 1.5 juta. Kerajaan sentiasa peka akan pentingnya ilmu bagi melahirkan modal insan gemilang. Saya juga dimaklumkan bahawa pencapaian pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum di sekolah ini amat membanggakan, dengan prestasi pencapaian peratus lulus UPSR pada tahun 2007 ialah 80.4 peratus.
Memandangkan pendidikan menyuburkan kualiti kehidupan dan bersifat dinamik, guru perlu mewujudkan tanggapan yang positif terhadap diri dan kerjayanya. Perkara ini penting kerana masyarakat akan membuat tanggapan terhadap guru berasaskan cara mereka berfikir, berpakaian, bercakap dan berinteraksi dengan pelajar, ibu bapa dan masyarakat.




      Sempena Majlis Hari Anugerah SJKT Jugra, saya secara peribadi mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh warga SJKT Jugra, PIBG, ibu bapa dan para pelajar cemerlang kerana komited menjayakan program sekolah. Saya selaku Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat akan sentiasa memberi sokongan penuh kepada pihak sekolah untuk melahirkan modal insan gemilang dan terbilang. Akhir kata kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini saya ucapkan terima kasih, kerana sesungguhnya perpaduan dapat dibentuk melalui majlis seperti ini. Sekian terima kasih.






















3.                  Ceramah “Sekolahku,, Syurgaku”.

Ungkapan "Sekolahku Syurgaku" sering diperkatakan baik dalam kalangan pendidik mahupun pelajar. Malah kita dapat melihat di dinding-dinding sekolah juga terukir ungkapan tersebut. Ungkapan itu amat bermakna jika diteliti, diselusuri dan difahami akan maksudnya.
     Sekolah dapat ditakrifkan secara umum sebagai tempat untuk meninba ilmu. Manakala syurga pula ditafsirkan sebagai tempat yang indah, menarik dan gembira ketika berada didalamnya. Oleh yang demikian, ungkapan "Sekolahku Syurgaku" melambangkan bahawa sekolah merupakan tempat yang indah dan menarik ketika menjejakkan kaki ke dalamnya.
     Sewajarnya, para pelajar baik sekolah di desa, pedalaman mahupun bandar merealisasikan ungkapan tersebut. Jika menyelusuri sejarah, pembangunan dalam sektor pendidikan merupakan elemen penting dalam sejarah sesebuah negara maka pembaharuan demi pembaharuan telah dilaksanakan oleh kerajaan.
        Ini membuktikan keprihatinan kepimpinan negara dalam bidang pendidikan. Para pelajar seharusnya bersyukur dan insaf dengan kemewahan yang dinikmati pada masa kini bebanding para pelajar di negara-negara yang miskin ataupun negara-negara yang dilanda musibah.
        Jika pelajar dilengkapi dengan bumbung bersyiling tetapi mereka hanya beralaskan daun nipah. Begitulah sengsaranya mereka.
        Para pelajar perlu memenfaatkannya dengan sebaik mungkin kemewahan yang dinikmati. Peliharalah apa yang dinikmati seperti harta sendiri dan janganlah membinasakannya hanya kerana kejahilan kita.
        Jadikanlah sekolah sebagai rumah dan guru sebagai ibu bapa. Sekiranya kaedah ini digunapakai setiap individu akan merasai ketenangan, keseronokan apabila berada di sekolah dan secara tidak langsung ungkapan "Sekolahku Syurgaku" dapat direalisasikan.  


4.                  Teks pengacaraan majlis Hari Anugrah Sekolah.

i.                    Ketibaan pegawai pendidikan daerah
      Mengumumkan ketibaan pegawai pendidikan daerah Kuala Langat, Encik Zaki             bin talib, guru besar sekolah jenis Kebangsaan Tamil Jugra, Puan P.Mallika, dan            pengerusi persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), Encik V.Sundaraju. Semua            hadirin dijemput berdiri.

ii.                  Nyanyian lagu Negaraku
      Hadirin sekalian, marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, dan lagu sekolah diiringi dengan muzik.
      Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin dan hadirat      semua dijemput duduk di tempat masing-masing.

iii.                Ucapan Alu-aluan.
      Selamat sejahtera kepada Yang Berbahagia Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat, Encik Zaki bin Talib, Yang berusaha guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Jugra, Puan P.Mallika, Yang Dihormati guru penolong kanan, Puan M.Prema Fai, guru penolong kanan ko-kurikulum, Puan K.Helen Vijaya, pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru, Encik V.Sundaraju, guru-guru, para ibu bapa, dan murid-murid sekalian.
      Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnianya jugalah maka kita dapat bersama-sama berhimpun di sini pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam pelajaran mereka pada tahun ini.
      Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini.

AKTIVITI LAKONAN

CONTOH AKTIVITI

Judul Cerita                : Kenapa Gagak Hitam
Nilai                              : Sikap tidak sabar membawa padah
Objektif                                    : Kanak-kanak dapat
i) mengenal burung merak dan gagak
ii) membezakan pelbagai warna

Peralatan :                              Boneka gagak
                                                  Boneka merak
                                                  Pentas boneka
                                                  Pita rakaman
                                                  Warna
Bangkai binatang
Teks : Merak dengan gagak

BABAK 1
Suatu masa dahulu, gagak dan merak berkawan baik.
Merak               : Mari kita warnakan badan kita supaya lebih cantik
Gagak              : Macam mana caranya?
Merak               : Aku ada kawan. Seorang pemuda yang jadi pelukis.
Gagak              : Oh begitu. Cepatlah, aku tak sabar lagi.
Merak               : Sabarlah. Aku akan pergi jumpa dengan pemuda itu esok.
Gagak              : Elok benar cadangan awak. Esok kita berjumpa di tebing sungai ini ya!
Merak               : Baiklah, kau tunggu aku ya!

BABAK 2
Merak               : membawa berus dan warna.
Merak               : Inilah warna-warna yang aku dapat.
Gagak              : Cantik. Tentu berseri-seri.
Merak               : Sudah tentu, tapi siapa yang hendak diwarnakan dahulu.
Gagak              : Baiklah aku warnakan badan kau.
Merak               : Hmmm! Cantiknya. Pandai kau pilih warna ya?
Gagak              : Tentulah, sekarang giliran kau pula.
Merak               : Baiklah, aku akan warnakan lebih cantik lagi.
Gagak              : Nanti dulu, aku laparlah.
Merak               : Sabar la. Bukan lama, sekejap sahaja.

BABAK 3
Seekor bangkai ayam terapung di permukaan air yang dibawa arus.
Gagak yang lapar itu tidak sabar lagi apabila melihat bangkai di sungai.
Gagak              : Cepatlah, aku tak sabar lagi.
Merak               : Baiklah, warna apa yang awak mahu?
Gagak              : Warnakanlah apa sahaja. Cepatlah.
Merak               : Baiklah ( lalu mencurah warna hitam ke seluruh badan gagak)

Gagak terus terbang dan menyambar bangkai ayam itu. Apabila
mereka bertemu semula, Gagak terkejut melihat rupanya yang hitam,
sedangkan merak sangat cantik. Gagak terbang menjauhkan diri.

PROSES DAN PERALATAN
 Pemilihan cerita
Contoh cerita : berkenaan haiwan, kehidupan, keadaan semasa dll
2 pilihan :
Memilih cerita terlebih dahulu sebelum membuat skrip kemudian membina boneka berdasarkan watak dalam cerita
Menggunakan sebarang boneka yang akan dijadikan watak dalam cerita

 Skrip
tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan harus sesuai dengan kanak-kanak.
skrip hanya dijadikan garis panduan dan boleh diubahsuai ketika penyampaian cerita.
 Pencerita
Menggunakan teknik menggerak lakonkan boneka.
Dialog ditutur selaras dengan gerak laku.
Menggunakan pelbagai variasi suara.
Boleh mendapatkan khidmat pembantudalam menggeraklakonkan boneka.

Membina boneka mudah
Boleh diperbuat daripada pelbagai jenis bahan.
Benda-benda yang ada disekeliling kita boleh dijadikan boneka seperti stokin, sisa kain, tuala mandi dan kertas kotak.
Cth: Boneka beg kertas

Alat dan bahan:
Gunting
Kertas berwarna
Gam kanji
Cat air atau krayon
Dawai kokot
Dua beg kertas
Pita selofan
Rot kayu
Kertas tisu lembut

Cara membuat:
Gumpalkan surat khabar pada hujung rod kayudan lekatkan gumpalan itu dengan menggunakan dawai kokot.
Masukkan gumpalan surat khabar tersebut ke dalam beg kertas. Ikat leher beg kertas dengan menggunakan pita selofan. Ratakan bucu beg kertas tersebut.
Sapukan gam seluruh permukaan hadapan untuk membentuk muka.
Bina ciri-ciri muka dengan menggunakan kertas tisu lembut.
Warnakan muka dengan menggunakan cat air
Buat rekaan baju dengan menggunakan kain perca.

Pentas
Terdapat dua kategori pentas iaitu:
Pentas
Pentas kerusi
Pentas meja
Pentas tingkap
Pentas pintu
Pentas lipat
OHP
Tiada pentas
Pencerita dalam keadaan duduk
Pencerita dalam keadaan berdiri
Pencerita menggunakan apron sebagai latar aktiviti bercerita
TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN ANDA