CONTOH AKTIVITI
Judul Cerita : Kenapa Gagak Hitam
Nilai : Sikap tidak sabar membawa padah
Objektif : Kanak-kanak dapat
i) mengenal burung merak dan gagak
ii) membezakan pelbagai warna
Peralatan : Boneka gagak
Boneka merak
Pentas boneka
Pita rakaman
Warna
Bangkai binatang
Teks : Merak dengan gagak
BABAK 1
Suatu masa dahulu, gagak dan merak berkawan baik.
Merak : Mari kita warnakan badan kita supaya lebih cantik
Gagak : Macam mana caranya?
Merak : Aku ada kawan. Seorang pemuda yang jadi pelukis.
Gagak : Oh begitu. Cepatlah, aku tak sabar lagi.
Merak : Sabarlah. Aku akan pergi jumpa dengan pemuda itu esok.
Gagak : Elok benar cadangan awak. Esok kita berjumpa di tebing sungai ini ya!
Merak : Baiklah, kau tunggu aku ya!
BABAK 2
Merak : membawa berus dan warna.
Merak : Inilah warna-warna yang aku dapat.
Gagak : Cantik. Tentu berseri-seri.
Merak : Sudah tentu, tapi siapa yang hendak diwarnakan dahulu.
Gagak : Baiklah aku warnakan badan kau.
Merak : Hmmm! Cantiknya. Pandai kau pilih warna ya?
Gagak : Tentulah, sekarang giliran kau pula.
Merak : Baiklah, aku akan warnakan lebih cantik lagi.
Gagak : Nanti dulu, aku laparlah.
Merak : Sabar la. Bukan lama, sekejap sahaja.
BABAK 3
Seekor bangkai ayam terapung di permukaan air yang dibawa arus.
Gagak yang lapar itu tidak sabar lagi apabila melihat bangkai di sungai.
Gagak : Cepatlah, aku tak sabar lagi.
Merak : Baiklah, warna apa yang awak mahu?
Gagak : Warnakanlah apa sahaja. Cepatlah.
Merak : Baiklah ( lalu mencurah warna hitam ke seluruh badan gagak)
Gagak terus terbang dan menyambar bangkai ayam itu. Apabila
mereka bertemu semula, Gagak terkejut melihat rupanya yang hitam,
sedangkan merak sangat cantik. Gagak terbang menjauhkan diri.
PROSES DAN PERALATAN
Pemilihan cerita
Contoh cerita : berkenaan haiwan, kehidupan, keadaan semasa dll
2 pilihan :
Memilih cerita terlebih dahulu sebelum membuat skrip kemudian membina boneka berdasarkan watak dalam cerita
Menggunakan sebarang boneka yang akan dijadikan watak dalam cerita
Skrip
tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan harus sesuai dengan kanak-kanak.
skrip hanya dijadikan garis panduan dan boleh diubahsuai ketika penyampaian cerita.
Pencerita
Menggunakan teknik menggerak lakonkan boneka.
Dialog ditutur selaras dengan gerak laku.
Menggunakan pelbagai variasi suara.
Boleh mendapatkan khidmat pembantudalam menggeraklakonkan boneka.
Membina boneka mudah
Boleh diperbuat daripada pelbagai jenis bahan.
Benda-benda yang ada disekeliling kita boleh dijadikan boneka seperti stokin, sisa kain, tuala mandi dan kertas kotak.
Cth: Boneka beg kertas
Alat dan bahan:
Gunting
Kertas berwarna
Gam kanji
Cat air atau krayon
Dawai kokot
Dua beg kertas
Pita selofan
Rot kayu
Kertas tisu lembut
Cara membuat:
Gumpalkan surat khabar pada hujung rod kayudan lekatkan gumpalan itu dengan menggunakan dawai kokot.
Masukkan gumpalan surat khabar tersebut ke dalam beg kertas. Ikat leher beg kertas dengan menggunakan pita selofan. Ratakan bucu beg kertas tersebut.
Sapukan gam seluruh permukaan hadapan untuk membentuk muka.
Bina ciri-ciri muka dengan menggunakan kertas tisu lembut.
Warnakan muka dengan menggunakan cat air
Buat rekaan baju dengan menggunakan kain perca.
Pentas
Terdapat dua kategori pentas iaitu:
Pentas
Pentas kerusi
Pentas meja
Pentas tingkap
Pentas pintu
Pentas lipat
OHP
Tiada pentas
Pencerita dalam keadaan duduk
Pencerita dalam keadaan berdiri
Pencerita menggunakan apron sebagai latar aktiviti bercerita
TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN ANDA
No comments:
Post a Comment