1. Pengumuman tentang pengajaran sukan tahunan dalam majlis perhimpunan sekolah.
Salam sejahtera kepada yang berhormat Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan murid-murid sekalian , tujuan saya berucap ini adalah untuk memberi satu pengumuman. Sekolah kita bersama pihak PIBG menganjurkan sukan tahunan di peringkat sekolah pada minggu depan. Sukan tahunan akan dilaksanakan pada 12 februari 2011 iaitu hari sabtu di padang sekolah.
Sukan tahunan akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Thiyagarajen, Pengarah Perkumpulan OMS. Objektif sukan tahunan ini adalah untuk memberikan pendedahan sukan berbentuk olahraga kepada semua murid di sekolah rendah. Selain itu, sukan ini juga diadakan untuk melatih dan mempersiapkan diri murid dari segala aspek terutamanya fizikal dan juga mental. Saya berharap semua murid akan menyertai dalam acara sukan tahunan kali ini. Sekian teriam kasih.
2. Ucapan majlis perasmian Hari Anugrah Sekolah.
Salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dalam majlis ini, khususnya kepada para pelajar dan ibu bapa. Tahniah dan terima kasih juga kepada guru-guru yang berjaya memartabatkan profesion peguruan sehingga mampu membantu kerajaan melahirkan modal insan yang berkualiti serta berjiwa patriotik. Saya sebenarnya begitu bersyukur dan gembira dijemput hadir dalam majlis ini bersama-sama dengan pihak tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Semoga majlis yang amat bermakna ini dapat dijadikan asas permulaan menjana modal insan gemilang dan terbilang. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak sekolah dan PIBG dapat bekerjasama menghadapi segala cabaran dan permasalahan yang timbul.
Saya difahamkan guru-guru di sekolah ini seramai 72 orang dengan jumlah murid 832 orang. Sebuah bangunan tambahan sekolah sedang dalam pembinaan dengan kos keseluruhan RM 1.5 juta. Kerajaan sentiasa peka akan pentingnya ilmu bagi melahirkan modal insan gemilang. Saya juga dimaklumkan bahawa pencapaian pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum di sekolah ini amat membanggakan, dengan prestasi pencapaian peratus lulus UPSR pada tahun 2007 ialah 80.4 peratus.
Memandangkan pendidikan menyuburkan kualiti kehidupan dan bersifat dinamik, guru perlu mewujudkan tanggapan yang positif terhadap diri dan kerjayanya. Perkara ini penting kerana masyarakat akan membuat tanggapan terhadap guru berasaskan cara mereka berfikir, berpakaian, bercakap dan berinteraksi dengan pelajar, ibu bapa dan masyarakat.
Sempena Majlis Hari Anugerah SJKT Jugra, saya secara peribadi mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh warga SJKT Jugra, PIBG, ibu bapa dan para pelajar cemerlang kerana komited menjayakan program sekolah. Saya selaku Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat akan sentiasa memberi sokongan penuh kepada pihak sekolah untuk melahirkan modal insan gemilang dan terbilang. Akhir kata kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini saya ucapkan terima kasih, kerana sesungguhnya perpaduan dapat dibentuk melalui majlis seperti ini. Sekian terima kasih.
3. Ceramah “Sekolahku,, Syurgaku”.
Ungkapan "Sekolahku Syurgaku" sering diperkatakan baik dalam kalangan pendidik mahupun pelajar. Malah kita dapat melihat di dinding-dinding sekolah juga terukir ungkapan tersebut. Ungkapan itu amat bermakna jika diteliti, diselusuri dan difahami akan maksudnya.
Sekolah dapat ditakrifkan secara umum sebagai tempat untuk meninba ilmu. Manakala syurga pula ditafsirkan sebagai tempat yang indah, menarik dan gembira ketika berada didalamnya. Oleh yang demikian, ungkapan "Sekolahku Syurgaku" melambangkan bahawa sekolah merupakan tempat yang indah dan menarik ketika menjejakkan kaki ke dalamnya.
Sewajarnya, para pelajar baik sekolah di desa, pedalaman mahupun bandar merealisasikan ungkapan tersebut. Jika menyelusuri sejarah, pembangunan dalam sektor pendidikan merupakan elemen penting dalam sejarah sesebuah negara maka pembaharuan demi pembaharuan telah dilaksanakan oleh kerajaan.
Ini membuktikan keprihatinan kepimpinan negara dalam bidang pendidikan. Para pelajar seharusnya bersyukur dan insaf dengan kemewahan yang dinikmati pada masa kini bebanding para pelajar di negara-negara yang miskin ataupun negara-negara yang dilanda musibah.
Jika pelajar dilengkapi dengan bumbung bersyiling tetapi mereka hanya beralaskan daun nipah. Begitulah sengsaranya mereka.
Para pelajar perlu memenfaatkannya dengan sebaik mungkin kemewahan yang dinikmati. Peliharalah apa yang dinikmati seperti harta sendiri dan janganlah membinasakannya hanya kerana kejahilan kita.
Jadikanlah sekolah sebagai rumah dan guru sebagai ibu bapa. Sekiranya kaedah ini digunapakai setiap individu akan merasai ketenangan, keseronokan apabila berada di sekolah dan secara tidak langsung ungkapan "Sekolahku Syurgaku" dapat direalisasikan.

4. Teks pengacaraan majlis Hari Anugrah Sekolah.
i. Ketibaan pegawai pendidikan daerah
Mengumumkan ketibaan pegawai pendidikan daerah Kuala Langat, Encik Zaki bin talib, guru besar sekolah jenis Kebangsaan Tamil Jugra, Puan P.Mallika, dan pengerusi persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), Encik V.Sundaraju. Semua hadirin dijemput berdiri.
ii. Nyanyian lagu Negaraku
Hadirin sekalian, marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, dan lagu sekolah diiringi dengan muzik.
Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin dan hadirat semua dijemput duduk di tempat masing-masing.
iii. Ucapan Alu-aluan.
Selamat sejahtera kepada Yang Berbahagia Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat, Encik Zaki bin Talib, Yang berusaha guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Jugra, Puan P.Mallika, Yang Dihormati guru penolong kanan, Puan M.Prema Fai, guru penolong kanan ko-kurikulum, Puan K.Helen Vijaya, pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru, Encik V.Sundaraju, guru-guru, para ibu bapa, dan murid-murid sekalian.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnianya jugalah maka kita dapat bersama-sama berhimpun di sini pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam pelajaran mereka pada tahun ini.
Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini.
membantu betul... bagus bagus
ReplyDeletetq
ReplyDelete